Skip to main content

Roxy Ichimieko Jr a.k.a Cheeto


Panjang kan nama budak busuk ni?? Kenapa busuk? busuk sgt ke budak nie? haa..korang tak tahu tahap busuk budak ni...asal dia nampak bubuye je, paksa bubuye groom dia. Then, jalan2 sikit, oo nampak abg Shiro, trus landing depan shiro paksa dia groom. Jenuh laa abg Shiro melayan kerenah dia sbb bulunya panjang dari abg Shiro.. Jenuh abg Shiro nak groom. Pastuh dia nampak Omey.. trus pi kt Omey paksa Omey groom dia...

beginilah rutin si cheeto. Mama bubuye panggil dia budak malas. Boleh je nak groom diri sendiri, tapi dia sukeeeee paksa org lain(kucing lain laa) groom dia..

Namun Cheeto sangatlah manja dengan yang lain2 + semua org. Dia mudah menyesuaikan diri. Derang sapa2 pun dia ok.

Last week, berlakunya satu peristiwa yang mama bubuye tak dapat maafkan diri mama bubuye. Tah macam mana, budak busuk ni terkurung dalam bilik master. Terasa semua dh keluar, tp macam mana, dia tersesat pulak dalam tuh. Dah lah bilik air tutup..adui..

Balik keje, sayup2 je dengar suara dia panggil mama dia...slow sgt.. Masyaallah, apalah cuainya mama bubuye. Terus check2 badan dia. Takut peristiwa Shiro berulang lagi. Shiro dulu pernah DI KURUNG dlm bilik yang sama sebab pakaikan spot on. habis tapak tangan dia penuh luka2 sebab cakap2 pinti bilik yang diperbuat dari kayu itu...adei.... Alhamdulillah, cheeto tak macam shiro. Tak de kesan darah2 pun.. Cuma dia menahan nk poo poo n pee dari pagi kot. Bukak je pintu, trus dia meluru ke toilet.




Malam tu memang mama bubuye perasan yang cheeto tak de suara...ada pun halus sangat. Jam 4-5 pagi dia kejut mama bubuye seperti memberitahu sesuatu. Mama bubuye layankan je la..dia hanay nak minum air je.

Esok nya, cheeto lemah.. Tido je,. Mujur auntie farah perasan yang cheeto panas sikit...nak kata demam teruk, dia still macam biasa..ada lagi part lari2. makan minum ok..cume kurang aktif dari biasa... Tak putus2 mama bubuye berdoa semoga dia sihat.

Belum pun sempat bawak pergi jumpa vet, cheeto dah menunjukkan reaksi positif. suaranya dah ok. Dia dah mula nak manja2 dok atas lap. Bdan nya dh tak sepanas semalam. Alhamdulillah. Agaknya dia demam sebab trauma terkurung kot. Ya, memang belum pernah dia terpisah dari abg n kakak2 nya selama tenpoh hari. Sejak kes tuh, mama bubuye ensure semua ada kt hall b4 pergi keje.





Comments

Popular posts from this blog

Salam Jumaat. ..

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, Lama kan mama bubuye xmenulis..hehehe. Uncle Ap dah nak kawin.  Pas ni bertambahlah keluarga kami :).. uu..next week majlis belah perempuan kt kk ..bukan kuala kangsar..tp kota kinabalu :) Suke..hepi... mmg Xsabar 2 nak pi sabah next week. .yee haaa... Hurm, maru dh ok..sihat..Alhamdulillah. ..tp sejak selalu hujan ni, omey mcm nk selsema. Keep sneezing je.suke dok tepi tingkap sambil menikmati udara sejuk.sebab tu laa kot mcm nk selsema..haishj.. Okla, mama bubuye nk buat keje ni. . daaa

2021 post

 Hello all, How are you? I hope you are doing well. Yes, tak sangka we have been fighting with Covid-19 dah setahun kan. A lot of things has been changed. People now started to adopt working from home. I even have been doing this even b4 Covid-19, i feel the difference because before this, i can work from coffee house, sunway lagoon(eh), anywhere je. but now, kena Stay At Home ok. Fews things that i tak puas hati 1- why Teams kenot buat call mcm skype 2- why hp Huawei baru tak leh nk install a lot of Google application(Teams pun tak lepas wei..hadoi) 3- What can i do to improve my skill. Now i started doing Talend. I still feel byk nya benda yg i tak tau.. Best explore benda ni..haha

Ear Mites!!! Bagaimana mengatasinya

Mama Bubuye rasa mesti ramai kawan-kawan pernah menghadapi masalah ni. Mama bubuye selama ni tak pernah ada masalah ni. Until ada Maru and Toncit. Haishhh.. Pening2. Habis semua berjangkit. Cotton bud tu dah jadi best friend Mama Bubuye dah. Asal ada masa je, cuci. Frontline spot on dan ear cleaner memang antara product favaourite saya. Dulu kan, ada sekali tu Bubuye kena sampai ada bau dalam telinga dia. Sorry bubuye, it is my fault. It is my responsibility to make sure this wont happen again. Rumah kena selalu vacuum. Kene rajin monitor telinga mereka till 100% free off ear mites. Biar berbelanja beli cotton bud and ear cleaner + frontline asal anak-anak sihat. Nak tahu macam mana rupa earmites?? kene pakai microskop baru nampak tau.  Sumber; Google Images Ini adalah kitaran ear mites. Vet kata boleh dibasmi, tapi kita kena laa sabar. Kawan-kawan ada yang kena macam rina tak? harap boleh share cerita kawan2 :)